Thursday, March 24, 2011

Akibat buruk dari sikap memaki-maki..


Anda dengar orang memaki, Anda akan dijangkiti fikiran negatif.
Anda memaki, Anda akan menjadi orang berfikiran negatif.
Jika Anda melakukan kedua-duanya, itu petanda Anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, Anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat gitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut ngan mereka.
Sikap memaki-maki ni menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ni susah nak dibendung. Bila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.
Jika Anda suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri Anda sendiri.
Jika anda mendengar orang memaki-maki atau Anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya Anda tak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki tu. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif ni pun akan bertukar jadi negatif.
Sikap memaki-maki ada di mana-mana, bahkan ada dalam diri kengkawan kita.
Jika Anda dimaki, apa yang akan Anda buat?
Maki balik atau diam saja?
Pasni sy juz nak bdiam diri je...:)

No comments:

Post a Comment