Thursday, March 31, 2011

TingGaLkAn 5 pErKAra...

1)Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.

2)Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.

3)Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.

4)Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.

5)Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.

Monday, March 28, 2011

CitA-ciTa..

ak terlalu excited tuk mgejar cite2 ak tuk jd seorg investor yg berjaya..ak ingin jd sprti warren buffet n nak jd sekaya dia tuk mbntu my family n golongan yg mmerlukan..sebagai lngkah permulaan ak kena amek exam level 6 n level 7..exam ni penting tuk ak jd trader ke broker ke investor ke..so duit pn kena smpan gak ar..klu dah 1 exam rm200 klu dah dua exam xke rm400..tp ak kena g SC kt mont kiara tuk register dulu...klu boleh pas ak abis prktikal ak dah mau start keje..tp sebelum tu kena lulus exam n dapatkan lesen dulu..klu nak cepat kaya mmg ar kena join trader tp ak xnak gamble cmtu je..ak kena blaja smpai ak btul2 yakin tuk start trade..ak xmen ar setakat ratus2 sehari ni...cewahhhhh belagaknya ak..tp if ak ad ilmu n tau camana nak trade leh ar ak untung dlm ribu2 coz kwn pd kwn ak yg bru blaja jd trader n gamble tuk trade leh untung rm11,000 dlm msa 2 hari..tp ak xnak cmtu..ak mau blaja dulu psal trader ni..selain jd trader ak gak akn jd investor..so kena expert ar bab2 chart2 ni..kena tau bila time yg sesuai tuk jual n time yg sesuai tuk beli...kawan abg ak pn keje dlm investment banking gak tp xtau bank apa...sblum ak keje kt bank ni ak mau jd trader n at de same time jd investor..kot2 leh pgang portfolio comp besar2...hehehehe..klu nk keje investment banking the best place is cimb investment ler...paling terbaik di malaysia...hahaahhaa...

klu dulu ak minat Donald Trump sbb kebijaksanaan dia dlam bdang hartanah tp skrg ak dh xberapa mnat sbb dia bjaya ngan hutang2 yg btimbun2 kt bank..xguna nmpak kaya tp bhutang so biar ar nmpak biasa tp slah sorg tkaya di dunia..cam warren buffet ni..nak tahu sapakah dia???dia adalah investor yg terkenal n anak didik Benjamin Graham... dr seorg penjual surat khabar kini jd seorg yg terkaya di dunia..

CEO Berkshire Hathaway..

dipanggil "Oracle of Omaha" atau "Sage of Omaha"

Sunday, March 27, 2011

DREAM HIGH OST...I love dis song...

JanGAn cAri teRLaLu SeMpuRnA..

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIToleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulaiMENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapatMELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKANkepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cubaMEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~


I waNt Dis...pLeZzzzzz...

Petang semalam, aku kuar dr betapa dalam blik n then duk dpan TV....tgah2 berborak ngan roomate ak kt ruang tamu tetiba time tu ad cite korea kt 8tv..tjuknya naughty girl..1st time ak tgok smalam agak best citenya..so td ngan smagatnya ak mnunggu dpan TV tuk tgok cite tu..last2 xde pn cite tu..dat means cite tu hanya ad ari sbtu je..kecewanya..if ari sbtu je nak siarkan bila nak abis tgoknya....so cara terbaik ngan membeli je dvd cite tu..hhahahaha...boleh x awkkkkk????? sy nak tgok la cite ni...selain cite ni sy nak tgok gak cite dream high n secret garden..best sgt cite tuuuuu....bolehhhh kannnnnnnn awkkkkkkkkk????

DREAM HIGH



NAUGHTY KISS



SECRET GARDEN




DoA kEtiKA JatUh ciNtA...

 Allahu Rabbi, aku minta izin Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau Allahu Rabbi,
aku punya pinta Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi,
izinkanlah Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu Allahu Rabbi,
pintaku yang terakhir Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu Amiiinnn.......

saya xnak jatuh cinta lagi...

Saturday, March 26, 2011

LawAk OrAnG aSLi...

Bulan lepas, ak ada join program orang asli under MRA n MSU di Pos Bersih, Slim River..So tetiba baru sekarang teringat nak masukkan pasal lawak orang asli ni..hhhehehe..Lawak ni pun tetiba je terjumpa dalam tenet time tengah search pasal orang asli so ak pun print la..sekarang ak nak publishkan kt sini supaya sesiapa pun dapat baca terutama anak pak cik Saad ni..awakkk, baca tau cite lawak ni walaupun awak dah penah baca pun..hihiihhii..

LAWAK 1

Seorang askar pernah bercerita semasa beliau berada di dalam hutan meronda beliau telah terserampak dengan seorang asli sedang memancing ikan. ( Sebelum itu biarlah saya menerangkan bahawa orang asli adalah kaum yang amat bendul dan mereka takkan bercakap bohong.)

Maka askar tersebut kononya cuba nak bermesralah dengan orang asli tersebut lalu beliau pun bertanya dengan penuh mesra "Banyak dapat ikan?? "Maka bertolehlah orang asli itu dalam keadaan terperanjat sambil berjawab " Mane shaye tauuu tanyalah ikan..shaye bukan ikan...!!!"

LAWAK 2

Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu..beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya " ooo...patutlah tak jalan, drebarnya mati tersempitttt...!!"

LAWAK 3

Pada suatu hari ada seorang asli pergi ke balai polis untuk membuat aduan tentang kematian kawannya. 
Orang asli : Datuk..saya datang ni nak buat report tentang kematian kawan saya, dia dibaham oleh harimau..
Polis: Pukul berapa?
Orang asli: Tak pukul tok, harimau tu terkam jer.
Polis: Habis tu?
Orang asli: Habis tak habislah tinggal tulang je..

bersama kak ram


bergambar sebelum balik


mandi sungai..bestnyaaa..

Friday, March 25, 2011

keJeLeSAn shariFfUDiN...

HaHAhhhaAaa..amacam sy punya blog..best x???byak prubahan x???

Well..sy xsabar nk tgok blog awk yg the latest nyer...hehehehe...sy mntak awk tlong ajar xnak ajr..Kdekut tahi idung masin..Last2 sy wat sndiri,,Jadi gak..lg cntik dr awk...wekkkkkk:)

Pasni dtg ofis wat keje tau..jgn nak lwan blog sy lgii....daaaaaaaaa...mau tido dh..ckup ar smpai sni bg awk jeles..nite sayanggggg..sy syg awk..

anak sapa la ni yg kuat jeles ni..hihihi

Cinta ibarat kentut, AWAS!!

Cinta ibarat kentut kuat bunyinya,maka aromanya kurang…yang memberi erti bahawa cinta yang selalu dihebahkan dan perbesarkan akan menjadi kurang menyerlah…lihat je lah kat artis-artis yang hebah kan kisah cinta mereka?Apa jadi?huhu sekadar renungan jek tak semestinya betul.
Cinta yang kuat itu ibarat kentut tanpa bunyi,tapi baunya fffuuuuh..menyerlah…
CInta yang ni kita boleh tengok pakcik-pakcik,atok dan nenek kita yang kekal jodoh mereka sehingga hari ini.Mereka tidak perlu publisiti tapi kekal juga cinta mereka.
Mesti ramai yang cakap saya ni pengotor la citer pasal kentut ni haha
Tapi sekadar menghargai anugerah tuhan kurniakan..cuba bayangkan kita tak kentut?Tak penuh dengan angin perut kita?
Jadi hargailah setiap yang kita ada selagi ianya diberikan kepada kita.Setiap cinta pada pasangan harus dihargai,walau sebusuk mana pun pasangan anda,mereka adalah jodoh anda,jadi hargainya….
Setiap yang busuk,pasti ada yang wangi tau..jadi jangan pandang yang busuk jek…sebelum komen yang busuk,lihatlah kewangian barulah anda bahagia.
macam cinta kami ni..heheehe



Thursday, March 24, 2011

Mandy Moore - Only Hope.wmv

Akibat buruk dari sikap memaki-maki..


Anda dengar orang memaki, Anda akan dijangkiti fikiran negatif.
Anda memaki, Anda akan menjadi orang berfikiran negatif.
Jika Anda melakukan kedua-duanya, itu petanda Anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, Anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat gitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut ngan mereka.
Sikap memaki-maki ni menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ni susah nak dibendung. Bila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.
Jika Anda suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri Anda sendiri.
Jika anda mendengar orang memaki-maki atau Anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya Anda tak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki tu. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif ni pun akan bertukar jadi negatif.
Sikap memaki-maki ada di mana-mana, bahkan ada dalam diri kengkawan kita.
Jika Anda dimaki, apa yang akan Anda buat?
Maki balik atau diam saja?
Pasni sy juz nak bdiam diri je...:)

TeNsIoN..:(

huhuhu..tensionnya bila smthing dh cnfirm jd tp nak cancelkan plak..nak cncel disebabkan oleh salahfaham je..bukan nak tnya dulu ke apa..tetiba je dpt msg yg dah dicancelkan..lari budget ar cmni..bru nak brngan lebih..tp xpe..ak still ad backup plan..setakat rm60000 je pun..bknnya rm200000..papun kena usaha lbih kras tuk smpai thap yg diidamkan..

TirEd+LovE=^__^

     Alhamdulillah...kenyangnya pas dpat mkn nasi lemak td..pas blik je keje sngah grai mcik kt dpan tu tuk beli nsi lemak..mlm nti xyah mkan dh..
    badan trasa penat n mata pn trasa ngantuk tp mlas nk tido lg..tnggu pas mngrib nti ar bru tido..lgpon tnggu c shariffudin ni kol dlu..klu x nti time2 lena tido, dia plak kcau ajak borak..so better tngu jelah..jap lg dlm kul 7 dia smpai ar resak tu..
    arini keje cm biasa je..xsabar mau tnggu gaji bulan ni cz gaji ak mngkin dlam rm3500 - rm4000..Alhamdulillah..hasil penat lelah slama 3 bulan akhirnya dpt gak gaji lbih skit..ni dr start prktikal asyik2 rm1000 je,,tp ak ttp bsyukur drpd org len yg prktikal cm nk rak tp elaun skit je..aku tngah usahakan spaya smuanya bjlan ngan lncar n ak nk try dptkan rm5000 plak gaji bln dpan..aminnnn...boleh la ak bg duit byak skit kt mak ak..

     Aku ni jahatkan??? sbb ak slalu push c shariffudin tu tuk ikut ckap ak n ak ni cm bdak2 je..hahaha dah ar kras kpala smpai gaduh gak ar td...citenya camni..smalam c shariffudin ni msg ak n ckap kt ak yg dia nak pngil ak cm dulu..dulu2 kitorg pngil "b" n "bb'..tp skrg pngil "awk" "sy" je..so pg td b4 nak g keje ak msg ar dia guna "b" n "bb"..stiap msg tuk dia ak akan guna pngilan tu...dia pas bgun je tido msti kol ak dulu n ak dgr dia xguna pngilan dulu2 tu so ak msg dia yg ak nak dia pngilkan ak "bb"..hahahaha..cam bdak2 kan ak ni..
     mula2 dia wat xtau je n still leh mlayan ak lg smpai la ak msg dia guna "ak" n "ko" sbb ak gtau dia if xnak pngil ak "bb" jgn pngil ak "awk"..sbb "awk" tu cm org asing je..mula2 dia still sabar lg smpai ar dia hilang sbar so perang bhasa pn bmula..hehhhe hobi kami mmg suka perang bhasa ni..sbb time ni smua bhasa n ayat leh kuar..leh lg dia wat lwak ngan antr msg cmni.."awkkk, sy ad keje ni, mlm nti kita smbung gaduh n maki2 tau..sy syg awkk.."..ak tgah mrah time tu leh ketawa bca msg dia..derrrr
    gaduh punya gaduh last2 dia gak mngalah..hihiihi..dia pn msg la ak guna pngilan dulu..actually ak sajae je sbb smalam dia offer n then arini ak nak tgok sejauh mna offer dia tu..tp btul la ckp dia..mmg lbih slesa pngil awk sy cmpare b n bb sbb cm gedik pn ad nak pngil b bb tu lg..dulu2 leh ar cz tgh blaja n muda lg..skrg msing2 dh 24 taun n dh nak keje so kena ar matang skit...ciannn my hubby tu...

Wednesday, March 23, 2011

wElcOmE tO mY liFe..

Assalamualaikum..

SelAmAT dAtaNg Ke dUnIa SaYA...

        Nama sy FAZLINIE BINTI ABD RAHIM..kat umah family pngil sy FARAH, kat MSU kwan2 pngil FAZ, kwan Fb pngil sy MEI-CHAN..kat tmpat prktikal diorg pngil sy LILY..so ikut suka nk pgil nama yg mana...tahun ni umur dah msuk 24.

        Sekarang ni excited nak tngu abis prktikal kt kepong n xsbar nak konvo..Pasni sy akn mnempuh alam pkerjaan dan akan mngejar cita2 sy yg selama ini sy hnya mmpu brangan tntangnya...

       Blog ni saja je buat sbb juz nak share n luahkan sgala2nya disini..tentang keje..tentang hidup..tentang my family..tentang c dia..tentang kawan2..tentang hati..tentang cita2..dan tentang segala2nya yg belaku dlm hdup sy..

      Walau apapun belaku n akan belaku, sy tetap ngan diri sy n sy akan tetap sayangkan my family n c dia..adiosssssssssss..:)