Tuesday, May 31, 2011

Kita Ibarat Sebuah Kapal ...

Kita semua mempunyai jalan hidup yg berbeza ibarat sebuah kapal yang mula meninggalkan pelabuhannya. Entah apa yang bakal ditemui di tengah perjalanan nanti tidak mampu kita duganya. Mungkin ribut taufan, lautan tenang atau jerung kelaparan yang ganas mencari mangsanya sedang menanti. Segala-galanya mungkin akan dan bakal terjadi.

Apabila kapal sudah di tengah laut, mana mungkin ia berpatah balik. Begitu juga dengan diri kita. Mana mungkin kita berpatah balik ke usia remaja atau muda bagi memperbaiki keadaan....jadi tidak hairan jika ramai yang gemar berkata 'kalau lah'. Ingatlah, masa yang berlalu tidak akan dapat dikembalikan sebaliknya kita harus menempuh waktu yang bakal berlalu.

Jika hari ini kita menempuh kedukaan dan kekecewaan, itu tidak bermakna duka itu akan menjadi milik kita untuk selama-lamanya. Rancanglah kehidupan ini agar kebahagiaan bakal singgah di hati kita biarpun kita tidak tahu bahagia yang dicari atau duka yang ditemui. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kapsul terbaik agar diri kita tidak terumbang ambing bagai kapal di tengah lautan yang tidak bertepi.

Monday, May 30, 2011

RiNdu My fAMiLy..:)

SALAM...
mngu ni rasanya dah sebulan  ak xbalik kg jmpa my family..seyesly mmg rindu giler...rindu kt mak abah, adik2 n yg penting rindu kt memey...wuarghhhh nak blik mngu ni..hopefully smua xjd mslah mngu ni..my hubby pun nak blik gak dis week coz kak dia nak btunang...hehehehe pasni giliran dia la plak...hhihihi..RINDUNYA.......xsabar nak blik..nti leh makan msakan mak..nak suh mak msak gulai masam la...sedapnya...kat sini asyik2 nasi lemak, roti canai, rojak, roti xpun bakso ke laksa ke....tu pun klu rajin nak mbeli...hhehehe..kdang2 my hubby dtg gak ofis time lunch bwakan tomyam..kdang2 dia dtg umah buatkan jelly...ishhh..sepatutnya ak yg msakan tuk dia tp skrg dh tbalik plak...xpe..bkn selalu pun..dulu time kt resak, ak tiap2 ari msakan tuk dia...so skrg gliran dia la plak msak tuk ak...wuawuawua...berbalik pd nak blik kg mngu ni..ak rindu nak g jejalan ngan my family g psar mlm tiap2 sabtu malam...beshnya..bkn besh ap pun..at least ak dpt beli kasut ke beg ke baju ke suar ke...hehehehe..saja nak mnambahkan koleksi kasut yg dh mmg sedia blambak n xterpakai tu...arghh rindu nak blik umah mngemas ngan memey...pagi2 memey akan msuk bilik n kejutkan ak..xpun dia akn tido kt sbelah ak..klu dia xnak tido pun msti dia akn lompat2 ats katil bg ak tjaga....rindunya...klu ada kak zirah dia tu, msti dia akn mnangis klu dia kena marah skit..pastu lari kt ak xpun dia peluk kaki ak suh ak pujuk...adik2 ak yg len smua manja ngan ak..klu apa2 msti nak ngan ak..kdang2 aiman snguup xnak mkn nasi tuk mkan ngan ak...aiman mmg manja ngan ak sorg je..seyes mmg ak rindu ngan adik2 ak..mngu ni nak xnak kena gak blik...klu nak tngu gaji mmg mngu lagi 1 la bru blik..nti dh gaji boleh blik lg...hopefully xde apa2 event atau prgram cz ujung bln ni mmg ak dh ad prgram ngan my hubby...hehehehe...kpada my family, tngu kdatangan anakmu, adikmu, kakakmu ni blik k...rindu kalian...muahmuaaaahhhhhhhhhhhhh:)
my lovely family...
memey menangis...

Friday, May 27, 2011

FiNaLLy...

ALHAMDULILLAH....

Syukur sgt2 bila arini last day ak prtical..start ari isnin ni ak dh jd sprti pekerja biasa n bukan lg bdak prtical...hehehehe..beshh2 gak tp report n logbook nak kena siapkan...dh ler report buat sikit baru..logbook pun ada lubang2 lg yg nak kena tutup..ak ni xharapkan sgt dpt 4 flat for report ni tp cukup la klu dapat B+ je...asalkan pointer ak maintain 3.00 ke atas dah ler..xyah le nak tnggi2 sgt...xguna gak klu cerdik otak tp prngai buruk..yg pnting dpt pngalaman berguna tuk masa akn dtg...so bila dah abis belaja ni byak yg nak kena pkir..samada nak cntinue blaja or trus keje..klu ikutkan nak je smbung master trus tp mak plak xbagi..bkn xbagi apa tp sbb ak kan ada rmai lg adik2 yg bersekolah so better bg diorng abis blaja dulu..in case ak dh stabil keje ni boleh la ak amek partime master..skrg ni pun tgah ushar2 nak smbung kt mana...exam kt SC pun nak kena amek gak..sblum amek exam duit dlm rm2000 msti dh ad dlm tngan..at least pas ada lesen boleh la ak cari side income ngan jd trader ke remizer ke...if 1 hari ak untung rm100 pn dh ok..xde la ak nak expect sehari dlm rm10k ke atas..tu org2 yg dh biasa buat boleh ler..ni ak kan bdak bru blaja so rm100 sehari kira ok la...

Ishhh bnyak sgt plan ak dlm kepala otak ni tuk masa depan tp xtau la bila nk startnya...mak plak asyik kol suh blik jratut n keje je kat sna...sabar la..tngu org dah byak ilmu skit nti org blik la..duk sna trus lg..buat keje dr umah...tiap2 ari mngadap lappy je...tp evryday duit msuk...heheheheee...

Sekejap sgt rasanya masa berlalu..tahun ni ak dh 24 taun...2-3 ari lagi dh masuk setengah taun..2-3 bulan nti pose n nak raya plak...byak bnda nak kena kejar sblum kawen ni...cehh macam dh tau2 je bila nak kawen...4 taun bknnya lama sgt pun ...buat tu buat ni..dan2 je dah abis 4 taun..tp dat time ap yg ak ada...rumah, kete, antar mak abah g haji, nak senangkan family...tu smua dh ada ke???? klu dh cmplete baru la sbuk2 pkir psal kawen plak k...hihihihi

ak rasa smpai sini je kot ak melalut  tuk mlm ni...dah lame bebenor ak xmelalut dlm blog ni...sok nak kena bgun awal cz ad pgram kt sek rohingya...hopefully smua bjalan lancar...amin..(^__^)

Thursday, May 26, 2011

sAYa SayANg KawAN2 SaYa..:)


kita perlukan kawan-kawan.

kawan-kawan susah senang.

kawan gelak-gelak nangis-nangis.
kawan dapat hadiah sama-sama, kena denda sama-sama.
kawan-kawan untuk gaduh,
kawan-kawan untuk gembira.
saya perlukan kawan-kawan.
kawan-kawan, saya rindu kalian.



saya selalu doakan kawan-kawan sihat, bahagia, pandai, jauh dari masalah dan musibah.



saya sayang kawan-kawan.






Sunday, May 22, 2011

CiRi-ciRi SaHAbAT mEnUju IsLAm...:)


“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian..’

ALLAH S.W.T mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah S.W.T mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah s.a.w yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.







SemUa ITU haNyA aLAsaN !!!!



Saat tubuh segar bugar,
Dihiasi busana berkilauan,
Jejaka menatap, bergetar keimanan,
Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN,
Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman,
Sedangkan semua itu hanya alasan!


Saat mata melihat,tidak buta,
Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’,
Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan,
‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’,
Peluang keemasan, jangan disiakan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!


Saat telinga mendengar, tidak tuli,
Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran,
Berita sensasi, gossip terkini,
Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan,
Sekadar berhibur penawar kepenatan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!


Saat mulut berbicara, tidak bisu,
Patah kata umpat-umpatan,
Bicara kesat, membuak kemarahan,
Biar luahan sangat melukakan,
Asal diri puas menuturkan,
Tercapai hasrat, maksud dan tujuan,
Konon perbincangan berpaksi kebenaran,
Sedangkan semua itu hanya alasan!


Beringatlah wahai tubuh yang segar bugar,
Beringatlah mata yang tidak buta,
Beringatlah telinga yang tidak tuli,
Beringatlah mulut yang tidak bisu,
ALLAH SWT tidak pernah lalai menyaksikan,
Malaikat di kiri kanan setia mencatat amalan,
Bertaubatlah, pohon keampunan.


Jangan menunggu mata rapat terpejam,
Telinga pekak, tidak mampu mendengar,
Mulut terkatup rapat, tidak sepatah terluah,
Tubuh segar, kaku di pembaringan,
Ketika itu, tiada guna penyesalan,
Kelak 'alasan' makan tuan!


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

InDAhnYa sAbAr...:)

Assalamualaikum :)

Bersabar. Terlalu mudah untuk saya taipkan perkataan itu. Tak sampai 3 saat. Itu ditaip, bagaimana pula kalau dilafazkan sebagai kata-kata ucapan yang berunsurkan nasihat?

"Sabarlah, Farah, bukan benda besar pun ni."

"Senanglah kau cakap, kau tak kena!"

Bercakap mengenai sabar itu senang, tetapi praktikalitinya dalam kehidupan tersangatlah susah, bukan apa, tidak semestinya dalam setiap perkara kita mampu menahan marah. Mungkin hal sekecil kehilangan kasut selipar jepun, atau kehilangan kunci umah...tidak akan menimbulkan amarah yang amat, bagaimana pula dengan perkara besar seperti kehilangan harta benda yang tinggi nilainya, ataupun kematian ahli keluarga yang terdekat? Sudah pasti ketika perkara itu berlaku, kesabaran kita sebagai seorang hamba akan diuji dengan sehebat-hebatnya.



Bersabar, perlukah?

Rasionalkah untuk kita bersabar setiap masa? Bukankah kesabaran kita mempunyai had, dan jika terlebih had ini, maka hilanglah segala kewarasan akal kita untuk berfikir lagi?

Kita bersabar kerana Allah swt itu sukakan akan perbuatan itu.


"Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Ali Imran:146)


Tidakkah kita beruntung menjadi salah satu hamba-hambaNya yang disukaiNya kerana perbuatan kita yang sering kali sabar dalam setiap perkara? Seperti mana kita gembira dan suka disukai oleh orang-orang tersayang, seperti itulah malah lebih lagi, jikalau kita disayangi oleh zat yang Maha Penyanyang ini. Sungguh sangatlah beruntung bagi mereka yang sentiasa sabar ketika menghadapi ujian.

Kita bersabar kerana kita tidak pernah keseorangan.

"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:46)


Bukan sahaja Allah swt menyukai sikap kita yang sering bersabar, Allah swt juga berserta dengan orang-orang yang sering sabar ketika menempuh pelbagai ujian. Ketika mana kita merasakan tiada lagi siapa yang dapat membantu, tidak lagi memahami segala kerenah manusia terhadap diri, dan pelbagai takdir dan ketentuanNya yang menimpa bertubi-tubi, kita terlupa sesuatu perkara. Kita ada Allah swt dan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Kenapa kita terlupa?

Besar kemungkinan kita sering berburuk sangka kepada Dia yang mengaturkan segala kejadian di alam ini.




عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)
"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". ((FUSHSILAT, 23:41). Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.)

Janganlah bersangka buruk dengan Allah swt. Dia Maha Mengetahui, lebih dari apa yang seluruh manusia jika dikumpulkan untuk bersatu dalam pemikiran dapat fikirkan. Sungguh pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Jika kita merasakan kehilangan orang yang tersayang sebagai suatu ujian yang tidak tertanggung, maka ingatlah setiap ujian yang ada berselitkan hikmahnya. Dan ingatlah bahawa hikmah Allah swt ini pelbagai, dan tidak semestinya datang bergolek ke kaki kita. Sungguh Rahmat Allah swt ini terlalu luas jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa!




Mereka juga tidak bersabar, kerana menyangkakan kehidupan di dunia adalah segala-galanya.


اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَانَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ 
"Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"                    (Al-Mu'minuun :115)


Sungguh kalau mereka mengetahui bahawa adanya hari akhirat sana, sudah pasti mereka tidak akan mengeluh sepanjang waktu memikirkan nasib yang menimpa diri sendiri. Di akhirat sana adalah kehidupan yang kekal abadi, bukannya di dunia sementara ini. Maksudnya, segala kesusahan, keresahan, kepayahan yang melanda hidup kita, pasti akan suatu hari berakhir, seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah swt pada waktu yang telah ditetapkanNya. Dan ganjaran mereka yang bersabar, cukuplah indah!

Dan janganlah ingat bahawa setiap kesabaran itu tidak membawa kepada sebarang faedah.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)


"Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka, dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Al-Furqan:75)


Balasan kesabaran itu Syurga. Siapa yang tidak mahukan Syurga? Cukuplah Syurga sebagai ganjaran yang terhebat buat mereka yang penyabar.


p/s: sabar itukan indah. :)

Thursday, May 12, 2011

SayA hAraP aWaK tAHu sAyA maSiH saYanGkAn aWAk...

Naper ko still syg dia, walau dia dh tinggal ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh buang ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh hancurkan ht ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh pijak cinta ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia runtuhkan mahligai ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia pergi tanpa belas ??
Naper ko still syg dia , walau ko menangis dia pandang ko penuh benci ??
Naper ko still syg dia , walau dia tak pernah pikir susah ko ??
NAPER?NAPER?Naper ko still sayang dia ??? !!~

SEBAB ......
bila dia tinggal aku ... aku sedar kelemahan diri aku
punca dia pergi ...

bila dia buang aku .. aku makin dekat dengan Tuhan ,
dan aku tahu ujian ini utk aku baiki diri .. bukan merosakkan diri aku dgn kebencian

bila dia hancurkan hati aku .. aku teringat betapa byk hati dia aku hancurkan ,
tanpa aku sedari ..

Bila dia pijak cinta aku .. aku tahu cinta tuh dh lamer x berkembang tak d baja ..
atas kelalaian dan kealpaan aku ..
bila d pijak baru aku tercungap untuk bernafas ,
dan cuba bangun dan kembang semula

Bila dia runtuhkan mahligai aku .. saat tuh , ia hanya mahligai kaca .. yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yg mmbuat ia terus berdiri ..

Bila dia pergi tanpa belas ...
Aku kenal dia , aku tahu dia berperang dengan diri ...
mencari kekuatan untuk berlalu

Bila dia pandang aku penuh benci ... itu kerana dia sayang aku , walau dia cuba nafikan

Bila dia tak pernah pikir susah aku .. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan aku ..

dan kerana itu ,
aku still sayang dia ..
dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya .. !!~
dan aku berjanji ,
walau sesaat aku takkan sia kan ...

endless love


(*__*)...so , ader sape2 yg penah di tinggalkan ????
jeng
jeng
jeng
jeng
soklan cepumas cket
jawab dlm hati sudahh ... kalo malu , he2

stended procedure la ..
biler kena tinggal ..
dia curang ..
ade org lain ..
kita akan sedeyyy sesangat100X ....
nangess berkilo2
semangat hilang
jiwa mati
xder mood
hati tak menentuu
pikiran sasau ..
antara simptom2 la .................he2

then ,
terbitlah rase mencikkk
marah.
geram.
dendam.
macam2 rase la kans ...
dia tinggal kita ,
mmg dia sgt2 la bersalah kan.
mcm org yg dia pilih tuh sgt2 cantik
sgt2 baik.
itu ini itu ini.
kita penuhkan diri dgn rs kebencian yg meluap2 ..
rasa marah yg membakar2

sebab ???
kita nak ubati hati kita kan ..
konon2 kalo wat mcm tuh ,
kita akan cepat lupa kan dia
kita paksa diri tuk benci dia
kita dok kata kat semua orang,
aku mencikkkkkkkkkk dia ..............!!!!~

tp,
bila dok sorang .
bila malam.
mula la ............... SOB SOB SOB .
nangesss ,
nangesss ...
nangess ..
sbb , kita tertanya2 ,
" naper u buat i mcm nih "
dan
sebab
rindu dia ..........................

TAPI ,
ahaaaaaaaaaaa !!~ ... ahaks
ader tak , kita pikir ..
naper dia pergi ?
adakah semua salah dia ?
some yess ,
dh dpt yg baik , tip top , mantap ... still pergi pd org lain.
tp , ade gak certain cases,
kalo kita renung diri .... renung dalam2
muhasabah diri .
renungkan segala2 nya ..
jgn terkejut ,
kalo kita d temukan dengan salah kita ..
kelemahan kita .
then ..
hepp heppp .... jgn salahkan diri
tp, perbetulkan kesilapan
be a better person .
thank to God
atas ujian. dugaan ini .
kita makin mengenal diri .
ingat.
setiap yang berlaku ade hikmahnya.

d hardest part.
buang rasa benci. marah.sakit hati.dendam kesumat. segalanya
buang perasaan
bila ingat dia , hati membara dengan amarah.
kerna ingat.
in order to be a better person.
in order to live ur life happily .
kita kena penuhkan diri dengan rasa CINTA. SAYANG.
pada semua
pada sekeliling.
learn to memaafkan.
seperti mane kita ingin di maafkan .. kita mesti memaafkan.
learn to smile .
learn to dance in the rain.
then,
kita akan nampak what a wonderful world we have............... !!~

" been there. done that. belip me "